Bantuan keperluan asas ke PPS di Johor Bahru

posted in: Bantuan | 0

Kami di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Skudai. Rata-rata menyatakan banjir kali ini agak dahsyat dengan hujan yang tidak henti selama dua hari. Mohon doa semua, semoga Allah memudahkan urusan & beri kekuatan kepada mereka yang terkesan.

Agihan bantuan persiapan Aidilfitri

posted in: Bantuan | 0

Kami telah memulakan agihan bantuan persiapan Aidilfitri kepada golongan asnaf di seluruh Johor. Ketua keluarga asnaf fakir menerima RM500, manakala asnaf miskin menerima RM400. Setiap tanggungan turut diberikan RM50 bagi meringankan beban menjelang hari raya. Agihan ini memastikan kebajikan asnaf … Continued

Serahan Bantuan Persekolahan 2025

posted in: Bantuan | 0

Serahan Bantuan Persekolahan 2025 di Sekolah Kebangsaan Polis Kem, Kulai telah berlangsung dengan jayanya, memberi manfaat kepada 54 pelajar yang menerima bantuan tunai RM200 setiap seorang, melibatkan perbelanjaan sebanyak RM10,800. Secara keseluruhan, seramai 59,656 pelajar di seluruh negeri Johor telah … Continued

Barang keperluan dapur untuk 50 keluarga daerah Muar

posted in: Bantuan | 0

Semalam, kami bawa 50 keluarga di Daerah Muar untuk membeli barang keperluan dapur. Alhamdulillah, mereka berpeluang memilih sendiri barangan yang diperlukan, dengan peruntukan RM300 bagi setiap keluarga. Menjelang Ramadan yang mulia, pastinya setiap keluarga ingin menyambutnya dengan lebih tenang dan … Continued

MAINJ menaja tapak bazar Ramadan kepada 146 usahawan

posted in: Bantuan | 0

Tahun ini, MAINJ menaja sewaan tapak bazar Ramadan/Raya bagi 146 usahawan MAINJ di seluruh negeri Johor. Semoga bulan yang penuh barakah ini membawa keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah kepada para usahawan MAINJ. #semarakcintaramadan #mainj100tahun