GOLONGAN DIKENAKAN FIDYAH

GOLONGAN

DENDA DIKENAKAN

Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana uzur syar’ie ( musafir, haid atau nifas atau wiladah ), sakit yang ada harapan sembuh.
  1.  Wajib Qada’ puasa.

Sekiranya hingga datang Ramadhan berikutnya dia tidak ‘menggantikan puasanya, maka wajib dia Qada’  puasa dan membayar Fidyah.

 

Orang  yang sakit yang tiada kemungkinan atau harapan untuk sembuh yang disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa.

 

  1.  Tidak wajib Qada’ puasa.
  2. Wajib bayar Fidyah pada tahun  tersebut.
Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang tidak berpuasa di Bulan Ramadhan dengan sebab :

  1. Bimbang akan kesihatan dirinya sahaja.
    Atau
  2. Bimbang akan kesihatan dirinya dan janinnya / anaknya.
  1.  Wajib Qada’ puasa.
  2.  Tidak wajib bayar Fidyah.

Sekiranya hingga datang Ramadhan berikutnya dia tidak ‘menggantikan puasanya, maka wajib dia Qada’  puasa dan membayar Fidyah.

 

Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang tidak berpuasa di Bulan Ramadhan dengan sebab :

  1. Bimbang akan kesihatan janinnya / anaknya sahaja.

 

  1.  Wajib Qada’ puasa.
  2.  Wajib bayar Fidyah.
Orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat menggantikan puasanya.

 

  1. Tanggungjawab membayar fidyah si mati dilaksanakan oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan