Sumbangan Bantuan Banjir di Negeri Kelantan

posted in: Bantuan | 0

Alhamdulilah, pagi tadi kami di Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menyerahkan sumbangan tunai RM 500,000.00, pek makanan & pakaian untuk keperluan saudara kita yang di uji dengan banjir.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tuan Mohd Fared Mohd Khalid & diterima oleh Timb YDP MAIK Tuan Haji Zulkifli bin Ab Rahman.

Waqaf An-Nur turut menyumbang sebanyak RM50,000-00 tunai kepada MAIK bagi tujuan yang sama.

Ini adalah tanda keprihatinan kita selaku rakyat Johor kepada rakan dan sahabat yang ditimpa bencana banjir tempoh hari. Semoga mereka tabah dan sabar.

Turut hadir Penasihat MAINJ, YB Dato’ (Dr.) Haji Noh Gadot , Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, YB Dato’ Haji Md Rofiki Dato Haji Kiyai Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Ismail Haji Abu & YB Dato’ Ahmad Faisal, Timbalan Mufti Johor .

Hadir sama YB Dato’ Panglima Perang Ustaz Haji Nasshuruddin Daud, Pengerusi JK Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan & Hubungan Seranta Negeri Kelantan & Sohibus Samahah Dato Kaya Perba Haji Mohamad Shukri Mohamad Mufti Negeri Kelantan.