Ziarah & beramah mesra dengan anak-anak istimewa di Sekolah Pendidikan Khas Kanak-kanak Spastik Johor dalam “Program Anakku Sayang”.
Alhamdulilah, Anak-anak di jadualkan dengan pelbagai aktiviti mengikut kemampuan & tahap masing-masing. Ada yang buat kerja kemahiran seperti mengait, menanam cendawan dan lain-lain. Hasil kemahiran tersebut dijual untuk menjana pendapatan.
Selain itu, banyak bilik-bilik khas disediakan untuk tujuan tertentu, ada juga kolam renang untuk tujuan terapi minda. Pelbagai kemudahan disediakan disini, kebanyakan di taja oleh agensi & syarikat tertentu.
Sebelum balik, kami menyerahkan manfaat WAKAF (tujuan alatan pembelajaran). Sumbangan di sampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Ismail Haji Abu & di terima oleh Pengerusi Persatuan Cerabral Palsy Johor, YBM Tunku Fatimah Faridah Almarhum Tunku Tan Sri Osman.
Hadir Sama Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal & Wakaf MAINJ, Tuan Haji Azlan Abdullah, Penolong Pengarah Wakaf MAINJ, Ustaz Norasraf Hashim & Director Persatuan Cerabral Palsy Johor, Encik Yazid Mohamed.
Semoga anak-anak ini dapat memanfaatkan pengunaan alat tersebut seterusnya menjadi dorongan kepada semua untuk terus maju.
“Ya Allah berkatilah anak-anak istimewa ini”.
“TERIMA KASIH PEWAKAF”