Sekitar penyerahan bantuan rumah (MAINJ) di daerah Batu Pahat dan Kluang
Rumah baru untuk Encik Ramadan, dibina menggunakan duit ZAKAT, moga selesa untuk beliau & keluarga. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Ismail Haji Abu & Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat, Ustaz Siddik Maidin Kutih. Terima Kasih kepada PEJABAT DAERAH BATU PAHAT selaku agensi pelaksana projek. Lokasi: Kampung Mohd Noor Jalan Parit Sulong, Batu PahatSerah 2 buah rumah di Kampung Sri Lukut & Kampung Contoh Kahang, Kluang. Syukur gembira mereka dapat rumah baru. Rumah ini di bina menggunakan wakalah ZAKAT Johor Corporation. InsyaAllah manfaat ZAKAT akan terus disalur kepada asnafDuit ZAKAT tuan/puan, alhamdulillah kami buatkan rumah untuk pakcik & isteri. Hadir menyerahkan sumbangan Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Ismail Haji Abu, Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal dan Wakaf MAINJ, Tuan Haji Azlan Abdullah & Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat, Ustaz Siddik Maidin Kutih. Lokasi: Senggarang Batu Pahat