Semalam kami ke HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU (HSA) sampaikan sumbangan keperluan peralatan perubatan berjumlah RM 319,000.00 untuk pembelian:
- Alat bantuan pernafasan
- Glidescoop
- Oximeter
- Mesin saringan pendengaran bayi
- Sumbangan khas pesakit kanser (HSI)
Manfaat duit ZAKAT, InsyaAllah untuk keperluan khususnya masyarakat Johor.
Hadir menyampaikan sumbangan, Mufti Negeri Johor, Sohibus Samahah YB Dato’ Haji Yahya Ahmad.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Ismail Haji Abu, Pengarah (HSA) YBrs. Dr. Hj. Mohtar Pungut @ Hj. Ahmad & Pengarah (HSI) DR Zuraini Zainal.