Pelancaran Barakah Zakat 2024 menjadi simbol komitmen dalam menyemarakkan keberkatan zakat untuk kesejahteraan ummah. Insya-Allah, pelbagai aktiviti bermanfaat telah dirancang bagi bulan November dan Disember 2024, memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama menghayati dan menyumbang kepada kebaikan yang lebih luas.
Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid.
Turut hadir memeriahkan majlis, Penasihat MAINJ, YB Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Hasrin Kamal Hashim, Dato’ Haji Noh Ibrahim, Ahli Majlis MAINJ, Pengarah JAINJ, Tuan Haji Nasri Md Ali & Ketua Penolong Pengarah Zakat Wakaf Baitulmal MAINJ, Tuan Haji Azlan Abdullah.
Semoga usaha ini membawa keberkatan dan memberi impak yang berpanjangan kepada mereka yang memerlukan.
Ikuti media sosial rasmi MAINJ untuk info-info terkini:
https://www.facebook.com/zakatjohor