Antara inisiatif MAINJ dalam membantu Kerajaan Negeri Johor menghadapi bencana banjir adalah dengan memperuntukkan dana keseluruhan sebanyak RM1 juta yang merangkumi tiga fasa utama bantuan.
Fasa Pertama: Bantuan sebelum banjir,
sebanyak RM200,000 telah diperuntukkan untuk fasa pertama, dengan setiap Pejabat Daerah di Johor menerima RM20,000. Peruntukan ini bertujuan untuk persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan banjir.