Sambutan 100 tahun MAINJ

posted in: Umum | 0

Sambutan 100 Tahun Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) merupakan detik bersejarah yang diraikan bagi mengimbas pencapaian institusi ini dalam pembangunan ummah. Pelbagai program telah dirangka untuk menonjolkan sumbangan MAINJ dalam aspek kebajikan, pembangunan, tokoh-tokoh, dan sosial Islam di negeri Johor.

Sebanyak 37 program akan dilaksana sepanjang sambutan ini, ianya melibatkan pelbagai jabatan di bawah Pusat Islam Iskandar Johor, termasuk:

-MAINJ
-Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
-Jabatan Agama Islam Negeri Johor
-Jabatan Kehakiman Syariah Johor
-Jabatan Mufti Johor
-Jabatan Pendakwaan Syariah Johor
-Kolej Universiti Islam Sultan Ibrahim Johor

Sambutan ini bukan sekadar meraikan kejayaan yang telah dicapai, tetapi juga memperkukuh peranan MAINJ sebagai institusi utama dalam memartabatkan Islam dan kebajikan masyarakat di negeri Johor.

Logo 100 tahun MAIJ