MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT DAN KURNIAAN BANTUAN SERTA IFTAR JAMAIE

posted in: Asnaf, Bantuan, Umum | 0

Menjunjung kasih keberangkatan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor ke majlis ini, bersama YAB Menteri Besar Johor Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid dan pimpinan negeri.

Sebanyak RM39.2 juta zakat diterima daripada 15 syarikat berkaitan kerajaan, korporat, bank, dan firma perniagaan. Kutipan zakat di Johor menunjukkan peningkatan:

2022: RM366.8 juta
2023: RM388.1 juta
2024: RM412.3 juta

Bagi 2025, RM433.7 juta dijangka diagihkan kepada lapan asnaf, termasuk RM150.1 juta untuk asnaf miskin, RM83.7 juta untuk fakir, serta peruntukan lain untuk amil, mualaf, gharim, ibni sabil, fisabilillah, dan riqab.

Sebelas inisiatif utama bagi keberkesanan agihan termasuk:

-Sara hidup 18,000 fakir & miskin (RM78 juta)
-Hari Raya 88,000 ketua keluarga (RM18 juta)
-Takaful & Khairat kematian 26,000 penerima (RM1 juta)
-Rawatan perubatan termasuk dialysis, fistula, rawatan jantung (RM91 juta)
-Bantuan persekolahan & IPT (RM19.96 juta)
-Pembinaan & baik pulih rumah 222 penerima (RM5.7 juta)

Usaha ini memastikan manfaat zakat disalurkan dengan efektif demi kesejahteraan ummah.