MAINJ & IJN Terus Perkukuh Kerjasama Demi Kebajikan Ummah

posted in: Bantuan | 0

Perjumpaan bersama wakil Institut Jantung Negara (IJN) hari ini menjadi medan perbincangan penting antara MAINJ dan IJN bagi menyambung kerjasama strategik melalui pemeteraian MOU baharu bagi tempoh 2025–2029.

Selain pembentangan laporan perbelanjaan tajaan rawatan, pertemuan ini turut membincangkan cadangan penambahbaikan Skim Bantuan Rawatan IJN agar lebih menyeluruh dan efektif, khususnya untuk golongan asnaf di Negeri Johor.

Isu kesedaran terhadap gaya hidup sihat turut diketengahkan memandangkan jumlah pesakit dan kos rawatan yang kian meningkat. Tahun ini sahaja, MAINJ telah menanggung kos rawatan mencecah RM1 juta.

Sejak tahun 2017, seramai 1,123 orang pesakit telah menerima manfaat dengan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM5.6 juta. Bagi tahun 2025 sahaja, sebanyak RM442,300 telah dibelanjakan bagi membantu 80 orang pesakit dari Negeri Johor.

Hadir mewakili MAINJ, YB Dato’ Dr. Aman Rabu dan Tuan Haji Md Buranuddin Tibek, Ahli Majlis MAINJ.

Semoga kerjasama ini terus menjadi jalan ihsan buat mereka yang memerlukan, demi kesejahteraan ummah.