Sempena Sambutan 100 Tahun Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pusat Islam Iskandar Johor, satu majlis penyampaian sumbangan telah diadakan bagi menghargai usaha pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang gigih membela nasib anak-anak yatim di negeri ini.
Sebanyak RM100,000 telah disumbangkan kepada 10 pertubuhan kebajikan anak yatim Negeri Johor, di mana setiap pertubuhan menerima sumbangan sebanyak RM10,000.
Sumbangan disempurnakan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid sebagai tanda sokongan berterusan kerajaan negeri melalui MAINJ terhadap institusi kebajikan yang menjadi pelindung kepada golongan yatim dan asnaf.
Usaha ini juga merupakan sebahagian daripada komitmen MAINJ dalam memperluas manfaat kepada golongan yang memerlukan serta memperkukuh jaringan kebajikan dalam masyarakat.
Semoga sumbangan ini dapat membantu mempertingkatkan pengurusan kebajikan, pendidikan dan kebajikan harian anak-anak yatim, serta memberi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk bersama menyokong perjuangan murni ini.
#MainjPrihatin
#mainj100tahun
#terimakasihpembayarzakat









