MAINJ berjaya melahirkan usahawan dalam kalangan asnaf yang kini mampu menjana pendapatan sendiri dan keluar daripada kepompong kemiskinan. Terima kasih, Mentor, kerana menjadi pencetus perubahan dan harapan baru!
Antara kisah kejayaan hasil bimbingan mentor:
Disertai oleh 20 orang asnaf wanita, projek ini berjaya mencatat pendapatan kasar tahunan sebanyak RM300,000. Ia bukan sahaja membuka peluang pekerjaan, tetapi juga mengangkat martabat produk asnaf ke pasaran yang lebih luas.
-Projek Gunting Rambut
Melibatkan 5 orang asnaf lelaki dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) yang diberi latihan dan sokongan peralatan. Kini, mereka berjaya menjana pendapatan kasar tahunan mencecah RM100,000. Projek ini bukan sahaja membina keyakinan diri, malah membuktikan bahawa kekurangan bukan penghalang kejayaan.
-Kedai Jahitan Langsir
Diterajui oleh 4 orang asnaf wanita, kedai ini mencatat pendapatan kasar tahunan sebanyak RM90,000. Dengan kemahiran jahitan dan sentuhan kreatif, mereka kini mampu berdikari dan menyara keluarga.
Setiap kejayaan ini bermula dengan seorang mentor yang percaya dan memberi peluang. Teruskan menyemai inspirasi!


