Panduan Permohonan Bantuan Zakat
Memenuhi syarat umum iaitu :
• Islam
• Warganegara Malaysia @ Penduduk tetap dengan syarat pasangan adalah warganegara Malaysia.
• Bermastautin di negeri Johor untuk tempoh 1 tahun dan ke atas
• Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al Kifayah.
• Melepasi proses Had Kifayah yang ditetapkan.
Panduan Permohonan :
• Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan bantuan zakat MAINJ dan hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas.
• Setiap borang hendaklah disertakan salinan dokumen yang telah disahkan dan ditandatangani.
• Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan dan sokongan daripada Penghulu, Ketua Kampung atau amil kawasan pemohon tinggal bermastautin.
• Setiap borang yang telah lengkap hendaklah dihantar ke MAINJ daerah berkenaan.
• Menyertakan lampiran berkaitan permohonan.
Muat turun borang-borang Skim bantuan zakat :
- Borang Bantuan MAIJ (Sara Hidup, Perubatan,Berdikari,Perumahan,Menjelaskan Hutang)
- Borang Permohonan Tapak Fistula
- Borang Skim Bantuan Dermasiswa Pelajaran
- Borang Penyambungan Bantuan MAIJ
- Borang pengesahan pendapatan/bantuan
Permohonan Online
https://ebantuan.maij.gov.my
https://epayment.maij.gov.my