Kembara Mahkota Johor
Mulai tahun 2001, MAINJ terlibat secara langsung dengan Program Kembara Mahkota Johor melalui penyampaian bantuan zakat kepada asnaf yang berkelayakan disempurnakan oleh D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR.
Melalui program penyampaian bantuan ini, MAINJ juga dapat mendekati masyarakat dengan lebih dekat dan seterusnya memaparkan peranan MAINJ sebagai agensi bertanggungjawab terhadap agihan zakat.