BAITULMAL
Baitulmal adalah istilah Bahasa arab yang bererti, Bait : rumah Mal : harta membawa maksud rumah harta. Dalam istilah moden ia dikenali sebagai Perbendaharaan Negara. Dengan kata lain ia merupakan badan yang mengurus dan mengendalikan sumber kewangan dan harta umat Islam yang dibawah pentadbirannya. Harta baitulmal digunakan untuk membangunkan sosio ekonomi umat Islam dan membantu mereka yang fakir atau miskin juga untuk kemaslahatan umat Islam.
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BAITULMAL
Bidang kuasa Baitulmal telah dinyatakan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 Seksyen : 81
- Suatu kumpulan wang bernama Baitulmal adalah dengan ini ditubuhkan.
- Baitulmal hendaklah terdiri daripada semua wang dan harta, alih atau tak alih, yang menurut hukum syarak atau di bawah Enakmen ini atau peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat dibawahnya, terakru atau disumbangkan oleh mana-mana orang, kepada Baitulmal.
FUNGSI UTAMA BAITULMAL
- Mengenalpasti & merekod harta Baitulmal.
- Mengawal dan memajukan harta-harta Baitulmal.
- Mengagihkan hasil Baitulmal kepada masarif mengikut ketentuan syara’.
SUMBER HASIL BAITULMAL
- Harta orang Islam yang mati tiada berwaris.
- Harta orang Islam yang mati berwaris tetapi tidak menghabisi harta (Asobah).
- Hasil sewaan hartanah baitulmal dan hasil pelaburan.
- Harta Tidak Patuh Syariah.
- Harta Luqatah (Dijumpai).
- Derma atau sedekah.
- Wasiat
- Fidyah
- Kaffarah
- Wang Amanah
AGIHAN HARTA BAITULMAL
Hasil yang diperolehi oleh Baitulmal diagihkan kepada mereka yang layak menerimanya diantaranya :
- Bantuan perubatan kepada pesakit
- Bantuan pengurusan jenazah kepada yang tidak berkemampuan
- Bantuan sara hidup asnaf baitulmal
- Bantuan kepada orang kurang upaya
- Bantuan kepada maslahah umum umat Islam.