Pengenalan

Program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan Majlis Agama Islam Negeri Johor bukan sahaja tertumpu kepada keberkesanan agihan zakat, malah telah diperluaskan dengan memberi tumpuan kepada pembangunan sosio-ekonomi asnaf penerima bantuan. Unit Pembangunan Asnaf  bertanggungjawab melaksanakan program-program seperti kursus, latihan, kemahiran, bengkel, motivasi dan berdikari.

Program ini dilaksanakan sepanjang tahun mengikut kesesuaian masa. Unit ini juga merancang untuk mengadakan pengisian rohani kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk menghadiri program yang dirancang sejajar dengan konsep “(Menerima dan Diterima, Sama-sama Untung)”.

Pembangunan Asnaf telah memilih nama “Projek Jana Asnaf” sebagai lambang penjanaan kehidupan asnaf kepada kehidupan yang bermutu dan bermatlamat.

Program ini bertujuan agar dapat membantu asnaf-asnaf yang berdaftar dibawah MAIJ dapat berdikari dan terkeluar dari kepompon kemiskinan.

Konsep : (Menerima dan Diterima, Sama-sama Untung)

Bil.

Konsep

Asnaf

Kerana

1

Menerima

(zakat)

Berhak menerima

(Islam dan fakir/miskin)

2

Diterima

(Allah)

Berharap diterima

(Amalan dan penghayatan)

(Sama-sama untung)

Mendapat keberkatan Allah

Penubuhan

Unit Pembangunan Asnaf ditubuhkan pada tahun 1428H bersamaan Januari 2008M. Terletak di bawah pentadbiran
Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan kuat kuasa Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 1978 / 2003,
unit ini dipertanggungjawabkan menjadi kesinambungan kepada unit agihan untuk pembangunan insan.

Fungsi Utama

  • Membasmi kemiskinan fakir miskin di seluruh negeri Johor.
  • Mengadakan kursus, kemahiran, latihan, bengkel dan motivasi kepada penerima bantuan.
  • Memantau pergerakan dan perkembangan penerima bantuan Berdikari.