LUQATAH
Luqatah ialah harta yang ditemui di suatu kawasan yang tidak dimiliki, tidak dijaga, dan penemu tidak mengenali pemiliknya.
Hadis daripada Zaid bin Khalid r.a. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:
” اعْرِفْ وِكَاءَهَا وَعِفَاصَهَا، ثُمَّ عَرِّفْهَا سَنَةً، فإنْ لَمْ تَعْرِفْ فَاسْتَنْفِقْهَا، وَلْتَكُنْ وَدِيعَةً عِنْدَكَ، فإنْ جَاءَ صَاحِبُهَا يَوْمًا مِنَ الدَّهْرِ فأدِّهَا إلَيْهِ “
Yang bermaksud:“Kenalilah ikatan atau bungkusannya, kemudian umumkan selama setahun, jika kamu tidak kenali pemiliknya, gunalah ia dan jadikan nilainya sebagai simpanan kamu. Jika pemiliknya datang menuntutnya pada bila-bila masa, hendaklah kamu serahkan kepadanya.” (Riwayat Muslim)
Perkhidmatan Pengurusan Harta Luqatah MAINJ
Mana-mana orang Islam yang menemui harta atau wang luqatah boleh menyerahkan harta yang dijumpai ke Ibu Pejabat Baitulmal MAINJ atau Pejabat MAINJ Daerah yang terdekat. Antara harta-harta luqatah yang diterima adalah wang tunai, barang kemas, peralatan komunikasi, perhiasan diri dan lain-lain barang yang bernilai.
Prosedur Pengurusan Harta Luqatah MAINJ
- Penemu perlu mengisi borang serahan harta luqatah.
- Mengisi maklumat pada surat akuan terima harta luqatah dan resit rasmi sebagai bukti terimaan harta tersebut.
- Baitulmal akan menyimpan harta luqatah di tempat selamat.
- Pihak MAINJ akan mengeluarkan notis dan hebahan penemuan Harta Luqatah di premis awam berhampiran Harta Luqatah ditemui.