Bantuan pakaian sekolah merupakan salah satu skim bantuan pelajaran yang disediakan Majlis Agama Islam Negeri Johor kepada pelajar yang kurang berkemampuan di Johor.
Bagi pelaksanaan bantuan sesi 2024, pihak pentadbiran telah membuat pengemaskinian sebagaimana berikut:
Syarat dan kelayakan pelajar:
- Warganegara Malaysia dan beragama ISLAM SAHAJA.
- Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam negeri Johor.
- Pendapatan ibu bapa / penjaga tidak melebihi RM 1,500.00
(Minimum 2 orang tanggungan anak) - Permohonan untuk darjah 1 hingga darjah 5 dan tingkatan 1 hingga tingkatan 4 sahaja.
Tarikh permohonan dan penyerahan senarai nama:
Permohonan Online : 12 November 2023 hingga 2 Disember 2023
Penyerahan senarai nama pelajar (Sekolah ke MAINJ Daerah & PPD/PPID) : 3 hingga 7 Disember 2023
*Permohonan adalah melalui pentadbiran sekolah sahaja.
Klik pautan >> Sistem permohonan Bantuan Pakaian Sekolah MAIJ

