PENGENALAN – SEJARAH PENUBUHAN

  • Ditubuhkan pada tahun 1957 dengan nama “ NAQIB AZ ZAKAT “.
  • Ditukar kepada Jawatankuasa Zakat Dan Fitrah pada tahun 1962.
  • Diletak di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan berkuatkuasanya Enakmen Pentadbiran Islam Tahun 1978 dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 2003

FUNGSI UTAMA

  • Memungut Zakat & Fitrah daripada orang Islam di negeri Johor.
  • Mengagihkan wang kutipan Zakat & Fitrah kepada asnaf yang telah ditentukan.

AKTIVITI

  • Penyediaan Taqwim Tahunan Program Fitrah
  • Perlantikan & Pentauliahan Amil
  • Kempen Kesedaran Zakat
  • Ceramah & Taklimat Zakat
  • Kutipan Zakat
  • Majlis Penyerahan Zakat & Bantuan Zakat
  • Bancian Penduduk Islam & Fakir Miskin
  • Pemprosesan Permohonan Bantuan
  • Penyediaan Laporan Aktiviti Tahunan

KEWAJIPAN MENUNAIKAN ZAKAT

Firman Allah..
” Dan dirikanlah kamu akan solat dan tunaikanlah zakat ”
Al-Baqarah, ayat 43
Firman Allah..
” Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya dapat membersihkan diri mereka daripada dosa dan menyucikan mereka dari akhlak yang buruk..”
At-Taubah, ayat 103

Hadith Rasulullah S.A.W
” Bentenglah harta kamu dengan berzakat dan ubati pesakit-pesakit kamu dengan bersedekah serta hadapilah gelombang bala dengan menangis dan mengadu kepada Allah ”
Riwayat Abu Daud, At-Tabarani dan Al-Baihaqi

Kewajipan mengeluarkan Zakat kepada pemerintah
Hadith Rasulullah S.A.W
, diriwayatkan oleh Sa’id ibn Mansur dari Suhail r.a katanya :
” Telah berkumpul padaku nafkah, yang padanya ada zakat, yakni telah sampai nisab zakat, maka aku bertanya kepada Saad Ibn Umar, Abu Said Al-Khudry, Abu Hurairah, kataku: Apakah aku mengagihkannya sendiri atau aku berikan kepada penguasa? Semua mereka menyuruh aku memberikan kepada penguasa. Seorang pun tidak akan ada di antaranya yang menyuruh aku agih sendiri..”